Penanda Wacana i) Penanda permulaan karangan a) Pada era globalisasi ini, b) Pada zaman pascakemerdekaan ini, c) Dalam meniti arus kemodenan ini, d) Dewasa ini, e) Pada masa ini, f) Kini, g) Dasawarsa ini, h) Dalam meniti kehidupan pada marcapada, i) Sejak sedekad yang lalu, j) Sejak negara menikmati arus kemerdekaan, k) Kebelakangan ini, l) Belakangan ini, m) Sejak akhir-akhir ini, ii) Penanda memulakan isi baharu a) Selain itu, b) Di samping itu, c) Sementara itu, d) Lebih-lebih lagi, e) Dalam pada itu, f) Lain daripada itu, g) Pada waktu yang sama, h) Dalam pada itu, i) Seterusnya, iii) Penanda huraian isi karangan a) Hal ini demikian kerana b) Hal ini berlaku kerana c) Hal ini terjadi kerana d) Hal ini disebabkan oleh e) Hal ini wujud akibat daripada f) Hal ini bersangkut-paut dengan g) Hal ini berpunca daripada h) Hal ini tercetus apabila i) Hal ini timbul apakala iv) Penanda memberi contoh dalam karangan a) Misalnya, b) Contohnya, c) Sebagai contoh, d) Tamsilnya, e) Sebagaimana yang kita sedia maklum, f) Antaranya adalah seperti v) Penanda menghuraikan contoh a) Hal ini mengakibatkan b) Hal ini menyebabkan c) Oleh itu, d) Maka, e) Oleh hal yang demikian, f) Oleh sebab itu, g) Jelaslah bahawa h) Justifikasinya, vi) Penanda menutup isi a) Kesannya, b) Natijahnya, c) Akibatnya, d) Akhirnya, e) Dengan itu, f) Dengan berbuat demikian, g) Dengan keadaan sedemikian, vii) Penanda menulis dua huraian dalam satu ayat Contoh: Masalah sosial yang dibincangkan oleh masyarakat ini memang memeningkan kepala (Huraian 1) _(x)_ membimbangkan semua pihak. (Huraian 2) a) justeru b) malah c) malahan d) tambahan pula e) sementelahan f) sekali gus g) di samping h) bahkan i) malar-malar viii) Penanda memulakan perenggan penutup a) Kesimpulannya, b) Intihanya, c) Secara tuntas, d) Konklusinya, e) Sebagai penutup wacana, f) Sebagai penghias bicara akhir, g) Sebelum mengakhiri wacana ini, h) Secara keseluruhan, i) Secara total, ix) Penanda menerangkan huraian atau pendapat yang berbeza a) Walau bagaimanapun, b) Walakin begitu, c) Namun demikian, d) Daripada perspektif yang berbeza, e) Jika dilihat dari sudut lain, f) Dengan kata lain, g) Kontradiksinya, i) Di sebalik itu, j) Dalam pada itu, k) Dari sudut lain, x) Penanda memulakan atau memasukkan peribahasa a) Bak kata peribahasa, ....... b) Bak kata peribahasa Melayu, ............ c) Bak kata orang tua-tua, ........... d) Bak kata mutiara, ......... e) Bak peribahasa, ............ f) Bak kata cendekiawan, ............. g) Persis kata peribahasa, ............ h) Persis kata peribahasa Melayu, ............. i) Persis kata orang tua-tua, ............ j) Persis kata mutiara, ............ k) Persis peribahasa, ............... l) Persis kata cendekiawan, ............. m) Hal ini sama dengan peribahasa .......... n) Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni ....... o) Fenomena ini dikatakan p) Masalah ini sama dengan peribahasa ........... q) Saya yakin rakyat Malaysia mengenali peribahasa .......... |
Saturday, March 21, 2009
Wacana Bahasa
Saturday, September 6, 2008
Tuesday, September 2, 2008
Tuesday, August 26, 2008
Thursday, August 21, 2008
Monday, August 18, 2008
Monday, August 4, 2008
Gurindam Raja Haji

Hayatilah Gurindam Dua Belas karangan ulama, ahli sejarah, pujangga, dan negarawan Raja Ali Haji (1808-73).
Fasal pertama:
Barang siapa mengenal yang empat
Maka dia itulah orang ma'rifat
Barang siapa mengenal Allah
Suroh dan tegah-nya tiada ia menyalah
Barang siapa mengenal diri
Maka telah mengenal akan Tuhan Yang Bahari
Barang siapa mengenal dunia
Tahulah dia barang yang terpedaya
Barang siapa mengenal akhirat
Tahulah dia dunia melarat
Fasal Kedua:
Apabila terpelihara mata
Sadikit chita chita
Apabila terpelihara kuping
Khabar yang jahat tidaklah damping
Bersunggoh sunggoh engkau memeliharakan
Tangan daripada segala berat ringan
Apabila perut terlalu penoh
Keluarlah fo'il yang tiada senonoh.
Fasal ketiga:
Hati itu kerajaan didalam tuboh
Jikalau dzalim segala anggota pun roboh
Apabila dengki telah bertanah
Datanglah daripadanya beberapa anak panah
Mengumpat dan memuji hendaklah fikir
Disitulah banyak orang yang tergelinchir
Pekerjaan marah jangan dibela
Nanti hilang 'akal di kepala
Jika sadikit pun berbuat bohong
Boleh diumpamakan mulutnua pekong.
Fasal keempat:
Barang siapa meninggalkan sembahyang
Sapert rumah tidak bertiang
Barang siapa meninggalkan puasa
Tidaklah dapat dua temasha
Barang siapa meninggalkan zakat
Tidaklah hartanya boleh berkat
Barang siapa meninggalkan haji
Tidaklah ia menyempurnakan janji
Fasal kelima:
Jika hendak mengenal orang yang berbangsa
Lihat kepada budi dan bahasa
Jika hendak mengenal orang yang berbahagia
Sangat memeliharakan yang sia sia
Jika hendak mengenal orang yang mulia
Lihatlah kepada kelakuan dia
Jika hendak mengenal orang yang ber'akal
Didalam dunia mengambil bekal
Juka hendak mengnal orang baik perangai
Lihat pada ketika berchampor dengan orang ramai
Fasal keenam:
Chahari oleh mu akan sahabat
Yang boleh dijadikan ubat
Chahari oleh mu akan guru
Yang boleh tahukan tiap seteru
Chahri oleh mu akan kawan
Pileh segala orang yang setiawan
Chari oleh mu akan abdi
Yang ada baik sadikit budi
Fasal ketujuh:
Apabila banyak berkata kata
Disitulah jalan masok dusta
Apabila banyak berlebeh lebehan suka
Itulah tanda hampir duka
Apabila kita kurang siasat
Itulah tanda pekerjaan akan sesat
Apabila anak tiada dilateh
Jika besar bapanya letah
Apabila banyak menchela orang
Itulah tanda dirinya kurang
Fasal kedelapan:
Barang siapa khianat akan diri nya
Apa lagi kapada lainnya
Kapada dirinya ia aniaya
Orang itu jangan engkau perchaya
Lidah yang suka membenarkan diri nya
Daripada yang lain dapat kesalahan nya
Kejahatan diri sembunyikan
Kebajikan diri diamkan
Ke'aiban diri handak lah sangka
Ke'aiban orang jangan dibuka
Fasal kesembilan:
Kejahatan saorang perempuan tua
Itulah iblis punya penggawa
Kebanyakan orang muda2
Disitulah shaitan tempat tergoda
Ada pun orang tua yang hemat
Shaitan ta' suka membuat sahabat
Jika orang muda kuat berguru
Dengan shaitan jadi berseteru
Fasal kesapuloh
Dengan bapa jangan durhaka
Supaya Allah tidak murka
Dengan ibu hendaklah selamat
Supaya badan dapat selamat
Dengan anak jangan lah alpa
Supaya malu jangan menimpa
Dengan kawan hendaklah adil
Supaya tangan jadi kepil
Fasal kesabelas:
Hendaklah berjasa
Kapada yang sabangsa
Hendaklah jadi kepala
Buang perangai yang chela
Hendaklah memegang amanat
Buanglah khianat
Hendaklah mulai
Jangan melalui
Hendak ramai
Murahkan perangai
Fasal kedua belas:
Raja bermuafakat dengan menteri
Saperti kebun perpagar duri
Betul hati kepada raja
Tanda jadi sebarang kerja
Hukum adil kepada ra'ayat
Tanda raja beroleh inayat
Kasehan orang yang ber'ilmu
Tanda rahmat atas diri mu
Hormat akan orang yang pandai
Tanda mengenal kasa dan chindai
(penulisannya sengaja dikekalkan bentuk aslinya)
Tuesday, July 8, 2008
Thursday, June 5, 2008
Sunday, March 2, 2008
Make Classroom Posters with Microsoft Excel
buatkan satu poster berkenaan Kempen kepentingan menjaga kebersihan persekitaran
Ah-ha - Meminang
berdasarkan cerita dalam video sila tuliskan satu karangan yang menggambarkan majlis pertunangan masyarakat melayu
Monday, December 10, 2007
Tuesday, August 14, 2007
Sunday, August 12, 2007
Monday, August 6, 2007
Budaya ICT
Panatia Bahasa Melayu SMSMS buat julung-julung kalinya berjaya membuat blog sendiri. Terima kasih kepada En. Rozelan kerana telah memberikan tunjuk ajar dan bimbingan dengan jayanya. Dengan adanya blog ini, Panatia Bahasa Melayu di bawah kepimpinan Ketua Panatianya, Pn. Hjh. Azniza bt. Azmi, telah menyahut seruan kerajaan ke arah membudayakan ICT dalam kalangan warga pendidik.
Subscribe to:
Posts (Atom)