Saturday, March 21, 2009

Wacana Bahasa

Penanda Wacana
i) Penanda permulaan karangan

a) Pada era globalisasi ini,
b) Pada zaman pascakemerdekaan ini,
c) Dalam meniti arus kemodenan ini,
d) Dewasa ini,
e) Pada masa ini,
f) Kini,
g) Dasawarsa ini,
h) Dalam meniti kehidupan pada marcapada,
i) Sejak sedekad yang lalu,
j) Sejak negara menikmati arus kemerdekaan,
k) Kebelakangan ini,
l) Belakangan ini,
m) Sejak akhir-akhir ini,

ii) Penanda memulakan isi baharu
a) Selain itu,
b) Di samping itu,
c) Sementara itu,
d) Lebih-lebih lagi,
e) Dalam pada itu,
f) Lain daripada itu,
g) Pada waktu yang sama,
h) Dalam pada itu,
i) Seterusnya,

iii) Penanda huraian isi karangan
a) Hal ini demikian kerana
b) Hal ini berlaku kerana
c) Hal ini terjadi kerana
d) Hal ini disebabkan oleh
e) Hal ini wujud akibat daripada
f) Hal ini bersangkut-paut dengan
g) Hal ini berpunca daripada
h) Hal ini tercetus apabila
i) Hal ini timbul apakala

iv) Penanda memberi contoh dalam karangan
a) Misalnya,
b) Contohnya,
c) Sebagai contoh,
d) Tamsilnya,
e) Sebagaimana yang kita sedia maklum,
f) Antaranya adalah seperti

v) Penanda menghuraikan contoh
a) Hal ini mengakibatkan
b) Hal ini menyebabkan
c) Oleh itu,
d) Maka,
e) Oleh hal yang demikian,
f) Oleh sebab itu,
g) Jelaslah bahawa
h) Justifikasinya,

vi) Penanda menutup isi
a) Kesannya,
b) Natijahnya,
c) Akibatnya,
d) Akhirnya,
e) Dengan itu,
f) Dengan berbuat demikian,
g) Dengan keadaan sedemikian,

vii) Penanda menulis dua huraian dalam satu ayat
Contoh:
Masalah sosial yang dibincangkan oleh masyarakat ini memang memeningkan kepala (Huraian 1) _(x)_ membimbangkan semua pihak. (Huraian 2)

a) justeru
b) malah
c) malahan
d) tambahan pula
e) sementelahan
f) sekali gus
g) di samping
h) bahkan
i) malar-malar

viii) Penanda memulakan perenggan penutup
a) Kesimpulannya,
b) Intihanya,
c) Secara tuntas,
d) Konklusinya,
e) Sebagai penutup wacana,
f) Sebagai penghias bicara akhir,
g) Sebelum mengakhiri wacana ini,
h) Secara keseluruhan,
i) Secara total,

ix) Penanda menerangkan huraian atau pendapat yang berbeza
a) Walau bagaimanapun,
b) Walakin begitu,
c) Namun demikian,
d) Daripada perspektif yang berbeza,
e) Jika dilihat dari sudut lain,
f) Dengan kata lain,
g) Kontradiksinya,
i) Di sebalik itu,
j) Dalam pada itu,
k) Dari sudut lain,

x) Penanda memulakan atau memasukkan peribahasa
a) Bak kata peribahasa, .......
b) Bak kata peribahasa Melayu, ............
c) Bak kata orang tua-tua, ...........
d) Bak kata mutiara, .........
e) Bak peribahasa, ............
f) Bak kata cendekiawan, .............
g) Persis kata peribahasa, ............
h) Persis kata peribahasa Melayu, .............
i) Persis kata orang tua-tua, ............
j) Persis kata mutiara, ............
k) Persis peribahasa, ...............
l) Persis kata cendekiawan, .............
m) Hal ini sama dengan peribahasa ..........
n) Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni .......
o) Fenomena ini dikatakan
p) Masalah ini sama dengan peribahasa ...........
q) Saya yakin rakyat Malaysia mengenali peribahasa ..........

Thursday, August 21, 2008

Monday, August 4, 2008

Gurindam Raja Haji


Hayatilah Gurindam Dua Belas karangan ulama, ahli sejarah, pujangga, dan negarawan Raja Ali Haji (1808-73).

Fasal pertama:

Barang siapa mengenal yang empat
Maka dia itulah orang ma'rifat

Barang siapa mengenal Allah
Suroh dan tegah-nya tiada ia menyalah

Barang siapa mengenal diri
Maka telah mengenal akan Tuhan Yang Bahari

Barang siapa mengenal dunia
Tahulah dia barang yang terpedaya

Barang siapa mengenal akhirat
Tahulah dia dunia melarat

Fasal Kedua:

Apabila terpelihara mata
Sadikit chita chita

Apabila terpelihara kuping
Khabar yang jahat tidaklah damping

Bersunggoh sunggoh engkau memeliharakan
Tangan daripada segala berat ringan

Apabila perut terlalu penoh
Keluarlah fo'il yang tiada senonoh.

Fasal ketiga:

Hati itu kerajaan didalam tuboh
Jikalau dzalim segala anggota pun roboh

Apabila dengki telah bertanah
Datanglah daripadanya beberapa anak panah

Mengumpat dan memuji hendaklah fikir
Disitulah banyak orang yang tergelinchir

Pekerjaan marah jangan dibela
Nanti hilang 'akal di kepala

Jika sadikit pun berbuat bohong
Boleh diumpamakan mulutnua pekong.

Fasal keempat:

Barang siapa meninggalkan sembahyang
Sapert rumah tidak bertiang

Barang siapa meninggalkan puasa
Tidaklah dapat dua temasha

Barang siapa meninggalkan zakat
Tidaklah hartanya boleh berkat

Barang siapa meninggalkan haji
Tidaklah ia menyempurnakan janji

Fasal kelima:

Jika hendak mengenal orang yang berbangsa
Lihat kepada budi dan bahasa

Jika hendak mengenal orang yang berbahagia
Sangat memeliharakan yang sia sia

Jika hendak mengenal orang yang mulia
Lihatlah kepada kelakuan dia

Jika hendak mengenal orang yang ber'akal
Didalam dunia mengambil bekal

Juka hendak mengnal orang baik perangai
Lihat pada ketika berchampor dengan orang ramai

Fasal keenam:

Chahari oleh mu akan sahabat
Yang boleh dijadikan ubat

Chahari oleh mu akan guru
Yang boleh tahukan tiap seteru

Chahri oleh mu akan kawan
Pileh segala orang yang setiawan

Chari oleh mu akan abdi
Yang ada baik sadikit budi

Fasal ketujuh:

Apabila banyak berkata kata
Disitulah jalan masok dusta

Apabila banyak berlebeh lebehan suka
Itulah tanda hampir duka

Apabila kita kurang siasat
Itulah tanda pekerjaan akan sesat

Apabila anak tiada dilateh
Jika besar bapanya letah

Apabila banyak menchela orang
Itulah tanda dirinya kurang

Fasal kedelapan:

Barang siapa khianat akan diri nya
Apa lagi kapada lainnya

Kapada dirinya ia aniaya
Orang itu jangan engkau perchaya

Lidah yang suka membenarkan diri nya
Daripada yang lain dapat kesalahan nya

Kejahatan diri sembunyikan
Kebajikan diri diamkan

Ke'aiban diri handak lah sangka
Ke'aiban orang jangan dibuka

Fasal kesembilan:

Kejahatan saorang perempuan tua
Itulah iblis punya penggawa

Kebanyakan orang muda2
Disitulah shaitan tempat tergoda

Ada pun orang tua yang hemat
Shaitan ta' suka membuat sahabat

Jika orang muda kuat berguru
Dengan shaitan jadi berseteru

Fasal kesapuloh

Dengan bapa jangan durhaka
Supaya Allah tidak murka

Dengan ibu hendaklah selamat
Supaya badan dapat selamat

Dengan anak jangan lah alpa
Supaya malu jangan menimpa

Dengan kawan hendaklah adil
Supaya tangan jadi kepil

Fasal kesabelas:

Hendaklah berjasa
Kapada yang sabangsa

Hendaklah jadi kepala
Buang perangai yang chela

Hendaklah memegang amanat
Buanglah khianat

Hendaklah mulai
Jangan melalui

Hendak ramai
Murahkan perangai

Fasal kedua belas:

Raja bermuafakat dengan menteri
Saperti kebun perpagar duri

Betul hati kepada raja
Tanda jadi sebarang kerja

Hukum adil kepada ra'ayat
Tanda raja beroleh inayat

Kasehan orang yang ber'ilmu
Tanda rahmat atas diri mu

Hormat akan orang yang pandai
Tanda mengenal kasa dan chindai
(penulisannya sengaja dikekalkan bentuk aslinya)

Tuesday, July 8, 2008

peribahasa



"Gunting dalam lipatan"
Apakah maksud peribahasa ini dan tuliskan dalam komen

Sunday, March 2, 2008

Make Classroom Posters with Microsoft Excel

buatkan satu poster berkenaan Kempen kepentingan menjaga kebersihan persekitaran

Ah-ha - Meminang

berdasarkan cerita dalam video sila tuliskan satu karangan yang menggambarkan majlis pertunangan masyarakat melayu

hang tuah

sila buat karangan berdasarkan peribahasa dalam petikan video

Monday, December 10, 2007

Tuesday, August 14, 2007

Sunday, August 12, 2007

Monday, August 6, 2007

Budaya ICT


Panatia Bahasa Melayu SMSMS buat julung-julung kalinya berjaya membuat blog sendiri. Terima kasih kepada En. Rozelan kerana telah memberikan tunjuk ajar dan bimbingan dengan jayanya. Dengan adanya blog ini, Panatia Bahasa Melayu di bawah kepimpinan Ketua Panatianya, Pn. Hjh. Azniza bt. Azmi, telah menyahut seruan kerajaan ke arah membudayakan ICT dalam kalangan warga pendidik.