Tuesday, August 14, 2007

Sunday, August 12, 2007

Monday, August 6, 2007

Budaya ICT


Panatia Bahasa Melayu SMSMS buat julung-julung kalinya berjaya membuat blog sendiri. Terima kasih kepada En. Rozelan kerana telah memberikan tunjuk ajar dan bimbingan dengan jayanya. Dengan adanya blog ini, Panatia Bahasa Melayu di bawah kepimpinan Ketua Panatianya, Pn. Hjh. Azniza bt. Azmi, telah menyahut seruan kerajaan ke arah membudayakan ICT dalam kalangan warga pendidik.

Mesyuarat Panatia BM


Panatia Bahasa Melayu SMSMS telah mengadakan mesyuarat panatia kali ke-2 pada 6 Ogos 2007 . Pelbagai perkara telah dibincangkan. Pn. Hajah Azniza bt. Azmi selaku Ketua Panatia telah menyampaikan amanat yang berguna kepada semua ahli panatia. Semoga pencapaian subjek Bahasa Melayu pada tahun ini akan lebih cemerlang daripada tahun-tahun sebelumnya berkat kepimpinan ketua panatia yang dedikasi dan GKMP Bahasa yang sanjung tinggi.

Selamat Berjuang

Demi masa depan yang cemerlang,
gemilang dan terbilang.............................

Panatia Bahasa Melayu mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan Percubaan PMR dan SPM kepada semua pelajar tingkatan 3 dan 5 SMSMS. Tabahkan hati, tenangkan jiwa, tetapkan iman. Semoga kejayaan menjadi milik kita bersama.

Friday, August 3, 2007

Ahli Panitia Bahasa Melayu 2007

Minggu Bahasa


Atas dedikasi GKMP Bahasa, Tn. Hj. Hassim bin Abdul Rahman, Minggu Bahasa SMSMS telah diadakan dengan jayanya pada 16 hingga 21 Julai 2007. Pelbagai Aktiviti telah dijalankan seperti Pertandingan Bahas, Teka Silangkata, Pantun, Syarahan, Pameran dan Pertandingan Bowling merebut Piala GKMP Bahasa . Sambutan yang hebat daripada seluruh warga Mozac telah memeriahkan lagi sambutan Minggu Bahasa pada tahun ini. Semoga aktiviti ini akan menjadi benchmark kepada Bidang-bidang lain di MOZAC.

Thursday, August 2, 2007

Masih Belajar

Ibarat anak yang masih belajar berjalan dan berlari Panatia Bahasa Melayu tetap berpegang pada prinsip cuba dan cuba lagi. Terima kasih diucapkan kepada pakar-pakar ICT MOZAC, khasnya buat En. Rozelan bin Abdul Majid atas tunjuk ajar yang diberikan.

Tanam selasih di Semerah Padi
Tumbuh serumpun tepian lurah
Terima kasih sekalung budi
Jasamu terhimpun di anjung sejarah

SUNGAI MUAR


Menyusuri Sungai Muar merupakan pengalaman yang cukup menarik. Sungai yang tidak pernah bertanya dari mana ia bermula kerana arusnya tenang menuju ke kuala. Sesungguhnya sungai ini menyimpan seribu kisah suka duka gelombang peristiwa yang mewarnai ceritera sutradara di layar lara. Di sini telah bermula sebuah keagungan dan di sini juga saksi sebuah kehancuran. CINTAILAH SUNGAI KITA, TABIAT TAK PA BUMI BINASA.