peribahasa ayam jagoh
Tuesday, August 14, 2007
Sunday, August 12, 2007
Monday, August 6, 2007
Budaya ICT
Panatia Bahasa Melayu SMSMS buat julung-julung kalinya berjaya membuat blog sendiri. Terima kasih kepada En. Rozelan kerana telah memberikan tunjuk ajar dan bimbingan dengan jayanya. Dengan adanya blog ini, Panatia Bahasa Melayu di bawah kepimpinan Ketua Panatianya, Pn. Hjh. Azniza bt. Azmi, telah menyahut seruan kerajaan ke arah membudayakan ICT dalam kalangan warga pendidik.
Mesyuarat Panatia BM
Panatia Bahasa Melayu SMSMS telah mengadakan mesyuarat panatia kali ke-2 pada 6 Ogos 2007 . Pelbagai perkara telah dibincangkan. Pn. Hajah Azniza bt. Azmi selaku Ketua Panatia telah menyampaikan amanat yang berguna kepada semua ahli panatia. Semoga pencapaian subjek Bahasa Melayu pada tahun ini akan lebih cemerlang daripada tahun-tahun sebelumnya berkat kepimpinan ketua panatia yang dedikasi dan GKMP Bahasa yang sanjung tinggi.
Selamat Berjuang
Friday, August 3, 2007
Minggu Bahasa

Atas dedikasi GKMP Bahasa, Tn. Hj. Hassim bin Abdul Rahman, Minggu Bahasa SMSMS telah diadakan dengan jayanya pada 16 hingga 21 Julai 2007. Pelbagai Aktiviti telah dijalankan seperti Pertandingan Bahas, Teka Silangkata, Pantun, Syarahan, Pameran dan Pertandingan Bowling merebut Piala GKMP Bahasa . Sambutan yang hebat daripada seluruh warga Mozac telah memeriahkan lagi sambutan Minggu Bahasa pada tahun ini. Semoga aktiviti ini akan menjadi benchmark kepada Bidang-bidang lain di MOZAC.
Thursday, August 2, 2007
Masih Belajar
Tanam selasih di Semerah Padi
Tumbuh serumpun tepian lurah
Terima kasih sekalung budi
Jasamu terhimpun di anjung sejarah
SUNGAI MUAR
Menyusuri Sungai Muar merupakan pengalaman yang cukup menarik. Sungai yang tidak pernah bertanya dari mana ia bermula kerana arusnya tenang menuju ke kuala. Sesungguhnya sungai ini menyimpan seribu kisah suka duka gelombang peristiwa yang mewarnai ceritera sutradara di layar lara. Di sini telah bermula sebuah keagungan dan di sini juga saksi sebuah kehancuran. CINTAILAH SUNGAI KITA, TABIAT TAK PA BUMI BINASA.
Wednesday, August 1, 2007
HSP F1-F5
Read this document on Scribd: B. Melayu - Tingkatan 1
Read this document on Scribd: B. Melayu - Tingkatan 2
Read this document on Scribd: B. Melayu - Tingkatan 3
Read this document on Scribd: B. Melayu - Tingkatan 4
Read this document on Scribd: B. Melayu - Tingkatan 5
Subscribe to:
Posts (Atom)